Monday 22 April 2013

FAKTOR YANG MENYEBABKAN ANAK KURANG SELERA MAKAN


➊ Apabila anak kita meningkat umurnya, selera mereka turut berubah. Ada makanan yang sangat digemari dan ada juga yang sangat tidak digemarinya.
Penyelesaian: Kita sediakan makanan yang seimbang dengan cara cara yang menarik untuk anak-anak kita. Contohnya membuat potongan timun berbentuk love, membuat karektor kartun kegemaran dan sebagainya.

➋ Apabila anak kita sedang sakit, demam atau yang sama waktu dengannya, selera makan mereka juga akan turut menurun.
Penyelesaian: Kita perlu menyediakan makanan mengikut keperluan anak tersebut.

➌ Membina pengalaman waktu makan yang tidak seronok. Misalnya anak-anak sering dipaksa untuk makan.
Penyelesaian: Kita boleh menjadikan waktu makan anak-anak adalah suatu aktiviti yang sangat menggembirakan mereka. Makan bersama-sama mereka, memuji mereka bila mereka dapat mengosongkan pinggan mereka dan jangan sesekali memaksa mereka menghabiskan makanan mereka.

➍ Apabila anak kita telah memakan snek di antara waktu makan utama.
Penyelesaian: Kita boleh tetapkan waktu makan anak-anak dan elakkan mereka dari memakan makanan rapu di antara waktu makan yang utama.

➎ Apabila anak kita menghadapi masalah kesihatan seperti anemia, kekurangan nutrisi dan sebagainya.
Penyelesaian: Kita perlu menjalankan pemeriksaan ringkas mengenai corak pemakanan anak kita dan apa jenis makanan yang diambilnya. Sekiranya berpunca dari makanan yang disediakan di rumah, ubah cara penyediaan dan menu agar ia dapat memenuhi keperluan nutrisi anak. Kita haruslah membawa anak kita berjumpa pakar jika simptom tersebut masih berterusan.

No comments:

Post a Comment